Trending

Sakinah Dedah Mereka Hanya Berpisah, Namun Jika Ada Lelaki yg Berkenan, Baru Bercerai

Biarpun rumah tangga sedang bergolak, pelakon Sharifah Sakinah menyatakan dia masih sayang dengan suami, Michael Hensen.

Menurut Sakinah, dia berkemungkinan akan kembali ke pangkuan Michael tetapi bukan dalam masa terdekat.

“Kami tak boleh nak ada anak. Saya memang nak anak tetapi tak boleh macam ini. Dia bukan sejenis lepas tangan selepas saya dah melahirkan anaknya. Dia nak jaga anak sebab dia seorang bertanggungjawab.”

Dalam pada itu, pelakon drama Girlfriend Aku Dari Neraka The Series menegaskan status mereka masih sebagai pasangan suami isteri.

“Tahun pertama dan kedua, kami survive. Tahun ketiga saya rasa memang rasional untuk kami berpisah sekejap. Bukan bercerai tetapi berpisah (separate).

Tetapi kalau saya jumpa lelaki lain, saya akan minta cerai. Sebab saya tak nak nanti ada mulut lain bercakap.”

Pada Februari lalu, Michael dan Sakinah mengumumkan sudah sah bergelar pasangan suami isteri selepas mengenali hati budi masing-masing sejak 2020.

Terdahulu, Sakinah pernah berkahwin dengan juruterbang bernama Aliff Adha pada 2015 namun bercerai pada Mei 2020.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Anais Adha, 5.

Sumber: TikTok @Kosmoonline