Seorang lelaki warga emas dikenali Kaan mendedahkan dia pernah berkahwin sebanyak 87 kali dan bakal mendirikan rumah tangga sekali lagi hanya kerana mahu memuaskan nafsu batinnya. Macam tak percaya, tapi itulah kenyataannya!
“Saya tidak suka memainkan perasaan perempuan. Kasihan juga anak orang.
Daripada saya ‘makan luar’ di jalan, lebih baik saya nikah, karena saya orangnya suka memuaskan nafsu birahi saya.
Kalau perempuan itu sudah tidak memuaskan saya, ya udah diceraikan aja,”katanya.
Dalam masa sama, Kaan mengaku perbuataannya itu adalah contoh tak baik. Bukan itu sahaja, disebabkan kerap berkahwin, dia juga susah makan dan tidur kerana sering memikirkan perempuan.
Sepanjang 86 kali dia berkahwin, Kaan kini mempunyai 7 orang anak perempuan daripada 6 orang ibu berlainan. Katanya lagi, dia sudah mempunyai merancangan untuk merujuk semula dengan bekas isterinya yang ke-68.
Anak-anaknya itu kini tinggal merata-rata. Ada yang tinggal masih satu desa, ada pula yang pindah ke luar pulau.
“Saya punya anak 7 dari semua pernikahan saya. Anak-anak saya ada yang di sini ada, di Kalimantan ada.”
“Sampai sekarang juga masih bersilaturahmi baik dengan mereka,” bebernya.
Kendati perbuatannya yang kerap berganta-ganti isteri itu tak baik, namun ia selalu berusaha menjad ayah yang bertanggungjawab untuk anak-anaknya.
“Saya punya prinsip, meski saya gak benar gak baik, tapi kalau untuk anak, saya harus baik,” tegasnya.
Sumber: Tribuns