PASANGAN selebriti Indonesia, Lesti Kejora dan Rizky Billar kembali mendapat perhatian selepas isu rumah tangga mereka hangat diperkatakan.
Lesti dan Rizky bersama anak sulung mereka, Leslar.
“Saya tidak tahu tentang itu, kita doakan sahaja mereka,” ujarnya.
Beberapa hari lalu, Lesti juga dilihat menemani Rizky bermain bola dan pasangan berkenaan dikatakan sedang cuba memperbaiki hubungan mereka.
Untuk rekod, Rizky didakwa melakulan keganasan rumah tangga terhadap Lesti sehingga memaksanya membuat laporan polis.
Insiden itu turut membongkar pelbagai perkara lain tentang Rizky yang didakwa bersikap curang selain didakwa pernah bergelar seorang gigolo dan menjalinkan hubungan songsang.
Bagaimanapun Lesti mengejutkan peminat apabila bertindak menarik balik laporan dibuat terhadap suaminya itu dan memutuskan untuk kembali berbaik.
mStar