Baru-baru ini, pelakon wanita terkenal, Lana Nodin tanpa berselindung memberitahu bahawa telah menjalani pembedahan plastik bagi membetulkan kedudukan hidung di Korea Selatan.
APA YANG BERLAKU KEPADA LANA NORDIN ADA DI BAWAH SEKALI
Dalam perkongsian tersebut, dia menyatakan bahawa hidungnya sudah tidak lebam dan bengkak selepas 15 hari pembedahan berkenaan dijalankan.
Ujarnya, beberapa pembedahan yang dilakukan sebelum ini telah menggunakan silikon namun ia kerap mengalami jangkitan sehingga terpaksa dikeluarkan.
“Dah empat kali saya buat pembedahan, ini yang terakhir. Saya dah tak mahu buat lagi sebab setiap kali guna silikon dan plastik pasti akan berlaku jangkitan.
“Kalau buat di Malaysia atau Thailand, ada pantang kena ikut iaitu tidak boleh makan telur tetapi di Korea, tiada pantang kecuali tidak boleh merokok atau mengambil minuman keras. Dua-dua saya tak ambil, jadi lebih senang,” ujarnya.
Genap 10 hari menjalani pembedahan membetulkan tulang hidungnya, pelakon Lana Nodin sekali lagi meraih perhatian apabila wajah baharunya dipuji ramai.
Rata-rata netizen menggelarkan pelakon dan usahawan itu seperti ‘barbie’ atau patung jelita dan tidak kurang juga menyifatkan Lana persis bintang K-pop.
Kecantikan Lana baru-baru ini terserlah dalam sebuan video Instagram yang menunjukkan keadaan hidungnya selepas membuka balutan.
Mizz Lahar pun tumpang gembira tengok pelakon Kekasih Hati Mr Bodyguard itu tersenyum puas dengan sentuhan doktor dari Korea Selatan.
Berbaloi betul pelaburan hampir RM170,000 semata-mata untuk pembedahan kosmetik.
Untuk kita semua yang tak mampu cantik macam Lana, jangan pula terus jadikan perkara ini sebagai isu atau kecaman.
Lana kan pernah terlibat kemalangan, lagi pun dia juga sudah minta restu suami dan keluarga sebelum pergi buat pembedahan.
Pendakwah selebriti Da’i Syed pun ada jelaskan pembedahan sebegitu boleh dilakukan sekiranya ada masalah kesihatan atau disebabkan keadaan mengaibkan.
Mizz Lahar: Dengarnya ada aktres yang ‘operate’ muka jadi runcing sebab fobia tengok muka tembam.
Sumber Kosmo
Sumber: Mstar (Farol Hadi)