Isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Rossa Sera berkata dia dan suami masih dalam perbincang untuk mereka kembali bersama atau tidak.
Sambut Hari Jadi Bersama
Bagaimanapun perkongsian terbaharu pasangan ini di laman sosial masing-masing mendapat perhatian peminat apabila mereka dilihat bersama-sama meraikan ulang tahun kelahiran keenam anak sulung mereka, Nur Qurratu Ain.
Duduk bersama dalam majlis tersebut, ramai membuat spekulasi mengenai hubungan Shuk dan Sera atau mereka hanya berhubung demi anak-anak kesayangan.
Ada pula berharap kemunculan mereka bersama dalam majlis tersebut sebagai petanda hubungan mereka sudah kembali jernih.
Menerusi ruang komen, rata-rata netizen memuji sikap mereka berdua dan mendoakan agar Shuk dan Sera kembali berbaik sebagai suami isteri.
“Dah tahu dah Sera dan Shuk sudah rujuk. Harap baik-baik sahaja.
“Seronok tengok macam ini. Keluarga bersatu bahagia. Semoga jodoh Sera dan Shuk berpanjangan.
“Happy tengok Sera dan Shuk, semoga kalian bahagia hingga ke jannah,” komen netizen.
Masih belum ada kata putus dalam status hubungan Shuk dan Sera.
Sebelum ini, Sera pernah memuat naik rakaman kenangan bersama Shuk dan anak-anak semasa menghantar pelawak itu mengerjakan ibadah umrah.
Untuk rekod, pasangan itu berkahwin pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain dan Nur assyifatu Aimi yang kini berusia dua tahun.
Sera sebelum ini pernah mendedahkan sudah memfailkan penceraian terhadap Shuk pada November tahun lalu namun status perkahwinan pasangan itu masih menjadi tanda tanya.
HM