Trending

Niat Asal Nak Nyakat je, Sekali Sangkut Pemuda Nikahi Ibu Tunggal Anak Lima “Beza 23 tahun..”

Wanita berkahwin dengan lelaki lebih berusia itu perkara biasa. Tetapi, dengan berjalannya waktu, lelaki berkahwin dengan wanita yang berbeza jauh usianya bukan lagi satu perkara asing atau perlu diperdebatkan.

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pemuda di TikTok apabila menceritakan kisah bagaimana dia tergerak hati menyunting isteri tercinta untuk dijadikan suri di hatinya walaupun jarak usia mereka adalah 23 tahun.

Perkongsian yang dibuat oleh pengguna TikTok itu telah mendapat pelbagai maklum balas daripada warganet.

Rata-rata memuji pemuda berkenaan kerana mempunyai niat yang murni dan mendoakan agar mereka sekeluarga hidup harmoni hingga ke akhir usia.

Awal Perkenalan

Menerusi TikTok @geemie8599, dia yang lahir pada tahun 1998 telah berkahwin dengan isterinya yang kini sudah berusia 47 tahun.

Ujarnya, dia hanya berkenalan dengan isteri selama 5 bulan menerusi Facebook dan terus menjadikannya isteri.

Ini kerana berasa terpanggil untuk membantu wanita berkenaan yang ketika itu merupakan ibu tunggal dengan 5 orang anak yang masih memerlukan perhatian.

Dia yang kini sudah berumah tangga selama 4 tahun akui sangat bahagia lebih-lebih lagi anak-anak tiri sangat menerima kehadirannya sebagai ‘bapa muda’.

Walau bagaimanapun, pemuda tersebut akui bahawa pada awalnya ada juga perasaan kekok.

Ini apabila anak sulung isterinya hampir sebaya dengannya, namun dia bersyukur kerana anak-anak tetap menghormatinya.

Dia juga menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang bapa selepas sah bergelar suami kepada ibu mereka.

Sumber Tiktok