Sebelum ini, rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita yang menyayat hati apabila pelakon dan selebriti media sosial, Syazlin Zainal ditemui meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 22 sebuah pangsapuri, semalam.
Difahamkan, teman lelaki arwah memberitahu bahawa mereka baru sahaja selesai solat jenazah dan sedang dalam perjalanan untuk ke Keramat, Kuala Lumpur untuk dikebumikan.
“Kitaorang baru selesai solat jenazah. Sekarang ni dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. Kami akan pergi ke rumah arwah dekat Keramat dan kebumi dekat area situ jugak.”
Dalam pada itu, dia meminta orang ramai untuk mendoakan yang terbaik untuk arwah serta ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
“Doa yang baik untuk arwah ya. Apa yang Aida boleh cakap depression is real.
Sama-sama kita doakan untuk arwah. Stop sebarkan benda tak betul.”
Sumber : aidahusnina_