Sejak semalam, tular di media sosial berkenaan satu muat naik dibuat oleh Twitter @My_CrimeWatch memperlihatkan satu video seorang wanita melakukan aktiviti ekstrim flying fox dengan membawa anak kecil.
Lebih membuatkan netizen di media sosial geleng kepala adalah tindakannya tidak memakaikan sebarang peralatan keselamatan buat kanak-kanak tersebut seperti helmet dan hanya memakai satu tali sahaja.
Dalam rakaman berdurasi satu minit dua belas saat itu, wanita berkenaan dilihat memegang tali disebelah tangan dan sebelah lagi menampung anak kecil.
Walaupun kanak-kanak tersebut memakai tali keselamatan namun perbuatan itu tetap dikecam netizen kerana sangat membahayakan keselamatan andai berlaku kesilapan.
Walau bagaimanapun, menerusi Instagram penganjur, mereka telah menjelaskan situasi sebenar dan merasakan aktiviti tersebut biasa sahaja dilakukan serta segala ciri keselamatan telah diterapkan kepada pengunjung.
Aktiviti dengan membawa anak kecil itu juga telah mendapat respon yang pelbagai daripada pencinta sukan ekstrim yang lain dan ada diantara mereka pernah melakukan hal sama seperti video yang tular berkenaan.
Apa-apa pun, tepuk dada tanya selera. Jika rasa ia membahayakan anak-anak dan boleh mengundang komen negatif daripada orang ramai, lebih elok rasanya ia tidak dilakukan ataupun dikongsikan kepada umum.
Sumber: Twitter @My_CrimeWatch