Trending

“Hina sgt ke aku ni..” Janda Mengamuk Rumah Diserbu Tengah Malam, Jiran Nampak Lelaki Masuk

STIGMA masyarakat tentang janda tidak pernah berubah dan kebanyakan mereka yang ‘memegang’ status itu sering kali dihina atau dipandang rendah oleh masyarakat.

Tidak kurang juga yang berkongsi kisah sama apabila pernah difitnah seperti itu.

Bercerita tentang kejadian yang berlaku pertengahan Januari lalu itu kepada mStar, Mira berkata serbuan tersebut adalah kali ketiga dialaminya sekeluarga.

“Kali pertama semasa saya balik kampung, serbuan waktu siang… ia diceritakan sendiri suami (kini bekas suami) kerana pada masa itu, dia sedang cuci kereta.

Penguatkuasa sedang bersoal jawab dengan anak Mira yang berada dalam rumah tersebut.

Penguatkuasa sedang bersoal jawab dengan anak Mira yang berada dalam rumah tersebut.

“Kali kedua ketika saya dengan suami keluar tinggal anak-anak dalam rumah. Anak-anak cerita apabila kami balik.

“Pada masa tu, serbuan pukul 9 pagi. Jika fikir memang tak logik,” rintihnya sedih dengan apa yang menimpa.

Menurutnya lagi, dia kecewa dengan cara pihak penguatkuasa yang memanjat pagar kerana merasakan mereka boleh mengepung dan mengetuk pintu belakang yang tiada pagar.

Katanya, tindakan tersebut menyebabkan dia dan anak-anak mendapat malu berikutan van putih besar yang diparkir di hadapan rumahnya menarik perhatian jiran.

Bercerita tentang masalah yang dialami, wanita berusia 40 tahun ini memaklumkan dia percaya aduan seumpama itu dilakukan oleh jiran di kawasan rumahnya.

Ini kerana, katanya, sejak mendiami rumah tersebut, memang terdapat jiran yang sering mencetuskan pergaduhan.

“Dalam tempoh 14 tahun tu, jiran suka cari salah orang. Kita duduk rumah ni tak pernah usik dia, tegur salah dia tapi dia cari kesalahan kita.

“Masa hari raya pertama musim PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).

Masa tu saya tanya kenapa dorang tak habis-habis cari pasal dan mereka balas ‘aku nak engkau keluar dari kawasan perumahan ini’.

“Kita sudah beberapa bulan tak jumpa ahli keluarga jadi adik-beradik tiba-tiba datang serentak dan jiran ni buat report polis sampai saya kena kompaun RM1,000,” ujarnya.

Apabila diajukan sama ada dia pernah bersemuka dengan jiran tersebut, katanya, ia tidak pernah dilakukan berikutan pertengkaran sering tercetus.

Antara reaksi netizen yang bersimpati kepada Mira

Antara reaksi netizen yang bersimpati kepada Mira.

Bercerita lanjut, ibu kepada lima orang anak ini memberitahu, dia hidup tertekan disebabkan perangai jiran yang suka mengganggu.

Namun, dia tidak dapat melakukan apa-apa melainkan bersabar dan kini dia tidak lagi melakukan rutin harian di halaman rumah seperti menyiram pokok.

mStar