Trending

Nampak Sesuatu di Celah Kangkang, Gambar Reen Rahim Jadi Bahan Iucah Netizen

Lama rasanya tak dengar cerita tentang Reen Rahim. Baru-baru ini pelakon itu ada memuat naik fotonya di Instagram dilihat memakai seluar pendek.

Menerusi gambar dikongsikan, Reen memakai baju dan seluar berwarna ‘peach’ dan merah jambu.

Seperti sudah dijangka, foto dikongsikan pelakon itu menimbulkan rasa kurang senang netizen apatah lagi gambar yang dipamerkan itu menampakkan celah kelangkangnya.

Malah, foto pelakon itu juga tidak terlapas daripada komen kecaman serta komen nakal dan lvcah daripada netizen.

“Itu celah rahim..”

“Alang² tu kasi betul² la..”

Doakan terima hidayah

Meskipun ramai yang mengkritik, namun ada segelintir mendoakan agar Reen diberikan hidayah serta  berpakaian menutup aurat suatu hari nanti.

Sebelum ini, Reen memuatnaik video mengaji bersama ibu dan video mengaji tetapi ditegur netizen disebabkan oleh soal pemakaiannya yang dianggap tidak sopan.

Difahamkan, perkara itu disedari oleh bapa saudaranya yang menghantar teguran tersebut menerusi Whatsapp. Perkara tersebut turut dinasihati oleh ibu kepada pelakon ini supaya memotong bahagian tersebut.

Akur dengan kesilapannya, akhirnya Reen Rahim memohon maaf dan menitipkan ucapan terima kasih kepada semua penonton atau mana-mana pihak yang telah menegur perkara itu.

“Maaf semua yang dah tengok YouTube tadi. Terima kasih atas teguran. Reen manusia biasa. Reen terlepas pandang. Nanti Reen up balik after cut uminurut belakang tu.”

Menyedari perkara itu, Reen Rahim bagaimanapun telah memotong bahagian yang mendedahkan auratnya ketika berdepan dengan al-Quran.

Difahamkan, dia ingin menanggalkan telekung usai mengaji bersama ibunya namun bagaimanapun dia terlepas pandang adanya al-Quran di hadapannya.

RK