Trending

“Da tua lain lak..” Ramai Terkejut Artis Vateran Ini Punya Wajah Mirip Orang Rusia Dikala Muda

Nama pelakon veteran, Didie Alias atau nama sebenarnya, Fadzilah binti Mohd @Ali menjadi bualan di bibir netizen apabila wajahnya sewaktu muda tular di media sosial.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna @vekzyy666, dia berkongsi beberapa sedutan lakonan yang pernah dibawa oleh Didie Alias.

Persis Rusia

Betul-betul cantik ni

Lain betul bila dah tua

Sebab tu anak dia semua lawa

Apa yang menarik perhatian netizen, wajah Didie yang dikatakan mirip seperti orang Rusia telah berjaya memukau orang ramai dengan kecantikan yang dimiliki olehnya.

Bukan itu sahaja, ramai yang sudah mengetahui bahawa pelakon yang berusia 50 tahun itu memang menawan sejak daripada dahulu lagi setelah dia menceburi dalam dunia hiburan.

Sumber: TikTokĀ @vekzyy666