Perbalahan antara pelakon Adam Shahz dengan bekas isterinya, Fatin Afeefa seakan belum berakhir apabila masih ada lagi luahan atau posting di media sosial menyentuh antara satu sama lain.
Rakaman Video ada di Bawah Sekali
Ingatkan ‘drama’ antara mereka sudah surut, ternyata masih ada lagi rentetan daripada itu apabila Adam memuat naik video perbualannya dengan anak mereka iaitu Ivy Herra Sophia.
Perkongsian tersebut telah mendapat pelabagai respon dari netizen. Ada yang menyokong, dan ada juga yang kecewa.
Ramai Tak Setuju Dengan Adam
Apa Dapat Bukak Aib
Dengki Sangat Ni
Dalam perkongsian tersebut, dia menyatakan punca mengapa dia sukar untuk bertemu dengan anaknya. Menurut Adam, boleh jadi bekas isteri takut kanak-kanak tersebut mengadu perihal kelakuannya di rumah.
Dalam perbualan tersebut, Adam bertanyakan situasi Ivy yang tidak tidur dengan ibunya tetapi dengan abangnya, Adam Aisy Arrian.
“Habis tu you tidur dengan mommy?
Kadang-kadang tidur dengan mommy tapi kebanyakan masa tidur dengan Ayyan (Arrian) dalam bilik lain sebab mommy suruh.” ujar Ivy.
Disebabkan jawapan itu, Adam bertanyakan lagi ibu kepada kanak-kanak berkenaan tidur dengan siapa jika tidak tidur dengannya.
“Lepas tu, mommy tidur dengan siapa?
Dengan mommy punya boyf…..” tutur Ivy lagi.
Walau bagaimanapun, perkongsian pelakon drama Juvana itu menerima respon kurang senang dari netizen susulan tindakannya yang bertanya perihal isu tersebut kepada kanak-kanak.
Lebih membuatkan netizen pelik, Adam memuat naik video terbabit selepas tularnya Insta Story Fatin Afeefa yang dikatakan bertunang.
Kebanyakkan mereka mengatakan kanak-kanak memang tidak pandai berbohong tetapi mereka kadang kala bercakap sekadar apa yang mereka ingin ucapkan.
Boleh jadi apa yang dikatakan adalah rekaan semata sekadar ingin berborak dengan bapanya.
Dalam pada itu, ada netizen meminta Adam berhenti bercerita tentang keburukan bekas isteri dan mengakhiri perbalahan tersebut kerana ia akan menjadikan masalah mereka semakin memburuk.
OM