Seorang isteri tergamak membawa pulang lelaki lain ke rumah ketika suaminya keluar berkempen selepas penat bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah kilang tayar dalam kejadian awal pagi Khamis.
“Ketika kejadian, suami wanita terbabit yang berusia 43 tahun keluar berkempen selepas bekerja sebagai pengawal keselamatan sejak pukul 9 malam di sebuah kilang tayar, di daerah ini,” katanya.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati pasangan tersebut bukan suami isteri atau mahram, selain kedua-duanya gagal menunjukkan sebarang dokumen mereka mempunyai hubungan.
“Hasil siasatan mendapati, kedua-dua mereka dipercayai berkenalan di sebuah kedai makan di daerah ini, kira-kira enam bulan lalu ketika wanita terbabit bekerja sebagai tukang cuci.
“Lelaki yang berasal dari utara itu pula bekerja sebagai pemandu jengkaut,” katanya.
Pegawai agama berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 25(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2014 kerana disyaki berkhalwat yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.