Trending

“Kena dengar cakap saya..” Zahid Tidak Mahu Sertai PN Bentuk Kerajaan Tetapi..

Muhyiddin Yassin dikatakan yakin akan memperoleh sokongan cukup untuk menjadi perdana menteri sekali lagi.

Mengumumkan di media sosialnya sebentar tadi, pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata dia mendapat sokongan pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan beberapa anggota parlimen lain.

Bagaimanapun, Gabungan Parti Sarawak (GPS) hari ini mengumumkan, mereka bersetuju untuk bergabung dengan BN dan Perikatan Nasional (PN) untuk membentuk kerajaan persekutuan.

Pengerusinya Abang Johari Openg dilaporkan Bernama sebagai berkata GPS juga bersetuju untuk mencalonkan Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin, sebagai calon perdana menteri.

Tiada Rundingan Bersama PN

Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi pula berkata tiada sebarang perundingan dengan PN setakat ini yang boleh membawa maksud kepada adanya persefahaman untuk membentuk kerajaan dengan gabungan itu.

“Saya suka menegaskan Barisan Nasional tidak pernah sama sekali berunding dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk memberikan persetujuan penubuhan kerajaan bersama dengan Perikatan Nasional,” katanya pada satu kenyataan hari ini.

Zahid mengulas kenyataan Pengerusi GPS Abang Johari Openg mengenai kesediaan gabungan itu membentuk kerajaan bersama PN dan BN.

Terdahulu, GPS mengumumkan bersetuju untuk bergabung dengan BN dan PN untuk membentuk kerajaan persekutuan.

Abang Johari juga berkata GPS juga bersetuju untuk mencalonkan Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin, sebagai calon perdana menteri.

Berdasarkan keputusan PRU ke-15 semalam, GPS mempunyai 22 kerusi parlimen.

Dengan gabungan ketiga-tiga parti terbabit, ia membentuk 131 kerusi di Dewan Rakyat sekali gus melebihi jumlah minimum untuk membentuk kerajaan persekutuan.

Sementara itu, Ahmad Zahid mengingatkan semua ahli parlimen BN yang menang PRU15 telah menandatangani akujanji pilihan raya.

“Dan memberi mandat kepada saya selaku presiden untuk menentukan apa-apa gabungan politik dalam penubuhan kerajaan.

“Sehubungan ini, mana-mana ahli parlimen yang melanggar arahan parti akan mengakibatkan pelepasan keahlian parti termasuk kerusi parlimen, selaras dengan undang-undang larangan ahli Dewan Rakyat bertukar parti seperti yang termaktub di bawah Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan,” katanya lagi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan keputusan rasmi PRU ke-15 yang menyaksikan tiada parti mendapat majoriti untuk membentuk kerajaan.

Oleh itu parti politik yang mendapat gabungan terbanyak perlu mengadakan gabungan untuk membentuk kerajaan.

BN di bawah pimpinan pengerusinya, Ahmad Zahid mencipta sejarah terburuk apabila hanya memenangi 30 kerusi.

PH yang diterajui Anwar Ibrahim memperoleh 82 kerusi manakala PN dengan gabungan parti utama PAS dan Bersatu meraih 73 kerusi parlimen.