Trending

“Kau memang penipu..” Adik Sajat Mengamvk, Berang Dengan Perbuatan Abangnya Bawak Lari..

NAMA usahawan kontroversi Nur Sajat dan adiknya iaitu Mustika menjadi perhatian sejak beberapa hari lalu apabila kedua-dua dilihat berbalas kenyataan memburukkan antara satu sama lain di media sosial.

“Muhammad Sajjad tidak bertanggungjawab! Dia umpama dajal yang menyebar fitnah tanpa bukti. Sekarang ini kau kerja apa pun kami tak tahu,” katanya.

Sementara itu, Sajat yang kini bergelar pelarian di Australia turut ditanya mengenai persengketaan mereka yang dikatakan sudah berlarutan sejak tahun lalu.

Sajat menerusi sesi siaran langsung di TikTok bagaimanapun memberitahu memaafkan apa sahaja kenyataan dikeluarkan Mustika namun enggan kembali berbaik dengan adiknya itu.

“Biarlah dia nak cakap apa. Kalau nak tahu apa isunya korang boleh cari di YouTube. Saya maafkan apa sahaja yang dia cakap. Tapi untuk berbaik memang taklah,” tegasnya.

Untuk rekod, Sajat pernah mencetuskan misteri apabila gagal dikesan pihak berkuasa selepas waran tangkap dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor pada 23 Februari 2020.

Sajat kini menetap di Australia.

Sajat dilaporkan berjaya meloloskan diri ke Thailand ketika negara berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Persembunyian usahawan itu akhirnya terbongkar apabila dia ditahan pihak Imigresen Thailand pada 8 September 2021 di sebuah kondominium di Bangkok atas tuduhan memiliki pasport tidak sah.

Ketika itu, Sajat mengemukakan kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian (UNCHR) sebelum berhijrah ke Australia.

mStar