Menerusi halaman tiktok, tular satu video di mana Dato Shafinaz mem’bahan’ Nabil. Pada mulanya, Nabil bergurau dengan Jaclyn Victor di mana dia berkata Jaclyn ingin membuat nose job.
“Biasa lah kan, orang hidung kempis nak mancungkan, yang kempis nak mancungkan”
Namun respon Dato’Shafinaz membuatkan netizen berdekah. Dia berkata yang sekarang, telinga capang pun boleh kecilkan.
Rakaman Video Ada di Bawah Sekali
“Tu la, mulut tu jaga lain kali..”
Malim Kundang:tq Datuk Naz hahahaha..dah lama nak dgr nabil d kenakan
Naztasha Sharmie:oh ingt gegar vaganza tuk org yg dah berhenti nyamyi
shinsui:hahaha terdiam dia. sekali sekala kena juga kenakan nabil ni
Eyka Fanna:dulu syafinaz ni garang. aku pun risau tgok dia jadi juri. tp skrg dah bnyak gelak, buat lawak
Haa kan dah kena Nabil.. Mujurlah sekarang Datuk Shafinaz dah sporting dan buat lawak.
Memang berdekah tengok Nabil first time kena bahan. Biasanya dia je buat kan orang. Apa-apa pun, jangan lupa komen yang baik-baik yaa..
Konsert akhir Gegar Vaganza Musim ke-9 (GV9) menyaksikan Jaclyn Victor bergelar juara sekaligus membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 dan trofi kemenangan tajaan Astro.
Tempat kedua dimenangi oleh Bob Yusof membawa pulang RM50,000 dan Shila Amzah berjaya merangkul tempat ketiga di pentas akhir Gegar Vaganza musim kesembilan membawa pulang wang tunai RM30,000.
Tempat keempat pula menjadi milik Tomok, kumpulan VE di tempat ke-5 dan Hazrul Nizam menduduki di tempat ke-6.
Diacarakan oleh Nabil Ahmad dan Elly Mazlein, GegarVaganza musim kesembilan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam dan disiarkan secara langsung Astro Ria (saluran 104) dan Astro Ria HD (saluran 123).
View this post on Instagram
Sumber : Tiktok dan Instagram