Trending

Terberanak Ketika Jawab Peperiksaan Akhir Tahun, Pelajar 13 Tahun Tak Sngka Mengandung

Kampala: Seorang pelajar berusia 13 tahun di Uganda melahirkan bayi lelaki ketika menjawab peperiksaan bagi subjek matematik, malah turut sempat menyelesaikan kertas lain.

“Selepas bersalin, dia kembali menyelesaikan peperiksaannya. Dia menyelesaikan kertas Pengajian Sosial juga pada petang itu,” katanya memberitahu NTV.

Katanya, pelajar itu dikagumi ramai kerana mampu kembali dan meneruskan peperiksaannya selepas sejam meninggalkan dewan peperiksaan untuk bersalin.

Sementara itu, jururawat Gorreti Nakachwa berkata, pelajar itu melahirkan bayi seberat tiga kilogram secara normal dan tidak menghadapi sebarang komplikasi.

“Dia beruntung tidak berhadapan komplikasi dan kedua-dua ibu serta anak sihat,” katanya.

Ibu bapa pelajar itu memberitahu, anak perempuan mereka hamil selepas terjerat hubungan seks dengan lelaki ketika tidak ke sekolah berikutan perintah berkurung Covid-19, tahun lalu.