Trending

Tampil Buat Persembahan Slps Pembedahan, Berlaku Sesuatu kpd Zamani Sehingga Paknil Menangis

SELEPAS hampir sebulan menjalani pembedahan tulang belakang akibat penyakit scoliosis pada November lalu, penyanyi Zamani tampil membuat persembahan pertama pada malam Ahad.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Menerusi perkongsian oleh isterinya iaitu Nur Juliana Abd Rani, postur badan Zamani dilihat kembali menegak dan bergerak aktif di atas pentas sambil melayani peminat.

Kata Aznil, dia menitiskan air mata menonton persembahan Zamani bukan kerana sedih tetapi gembira melihat bekas vokalis kumpulan Slam itu sudah mampu menghiburkan peminat kurang daripada sebulan selepas pembedahan.

“Allahuakhbar, terima kasih Allah kembalikan kesihatan dan keadaan fizikal Zamani kepada dahulu. Menitis air mata gembira menonton persembahan pertama Zamani selepas membuat persembahan. Kurang dari sebulan selepas pembedahan dilakukan,” katanya di Instagram.

Dalam pada itu, rata-rata peminat kagum sekali gus gembira melihat perkembangan kesihatan Zamani yang memberangsangkan selain menunjukkan perubahan ketara.

“Syukur… gembira lihat Zamani dah buat persembahan semula. Dah makin sihat dan kuat dah.

“Tetap tak hampakan peminat walaupun nampak dia penat semoga terus sihat abang Zamani,” antara komen netizen.

Untuk rekod, Zamani menghidap penyakit skoliosis sejak 2015 dan keadaan dilihat semakin teruk apabila badannya tidak boleh berdiri tegak ekoran tulang belakangnya melengkung.

Penyanyi itu melakukan pembedahan membetulkan tulang belakangnya pada 7 November lalu di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

“Alhamdulillah berkat doa isteri & peminat2,menakjubkan ,siapa sangka dr badan yg membengkok berbentuk S kini pulih sepenuhnya,terus jaga kesihatan bro” – Ismail

“Alhamdulilah Allah pertemukan ubat nye ada ljn keluar utk Zamani juga org2 yg membantu memyubang utk Zamani” – Hajah Aminah

“Wahh….alhamdulillah… Semoga bertambah sikit berat zamani.. Nampak lebih sihat dan bertenaga…” – Salasiah

“Syukur Alhamdulillah, semoga di beri kesihatan berpanjangan. Kekuatan and semangat. Sentiasa dalam lindungan ALLAH SWT. Aamiin Ya Rabbal Alamiin” – Anne

“Alhamdulillah..ank perempuan sy pun tulang blkg bengkok,umur 21 masih belajar,tapi sy cuma petani sy x mampu nk tanggung kos pembedahan..maafkan ayah kakak” – John

Tonton Video :

 

Mstar