Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli mendedahkan kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) wujud.
Susulan itu, parlimen meluluskan undang-undang Anti Lompat Parti yang bertujuan untuk menyekat tindakan ahli parlimen daripada menyokong calon Perdana Menteri dari parti lain tanpa persetujuan dan pengetahuan parti masing-masing.
“Ini dilema yang dihadapi semua gabungan sejurus selepas keputusan PRU15 dimuktamadkan.
PN yang mula-mula mengaku mereka ada majoriti dan mendabik dada akan membentuk kerajaan.
“Mereka sebenarnya tidak jujur kepada rakyat bahawa majoriti yang mereka ada itu adalah hasil daripada ‘ulang tayang Langkah Sheraton’.
“Mereka mengaku konon ada 10 ahli parlimen BN yang memberi sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sedangkan tindakan 10 ahli parlimen BN itu tidak mendapat restu dan persetujuan daripada BN,” ujarnya.
Jelasnya lagi, sebelum ini BN sudah membuat keputusan untuk kekal menjadi pembangkang dan memberi laluan kepada PH dan PN untuk membentuk kerajaan.
Namun begitu, disebabkan PN menolak untuk bersama PH, Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akur dengan titah tuanku supaya bersama-sama dengan PH bagi membentuk sebuah kerajaan.
Sumber: TikTok @rafizi