Datuk Yusof Haslam enggan mengulas kontr0versi membabitkan anaknya, Syamsul yang didakwa sudah bernikah dengan wanita dikenali sebagai Ira Kazar.
“Penipu akan sentiasa menjadi penipu. Semoga anda berdua berjaya. Dua-duanya t0ksik,” luahnya.
Menurut laporan, BH online sempat menghubungi Puteri Sarah berhubung hantaran yang dimuat dalam IG Story, malam tadi.
Apabila diajukan persoalan adakah ia berkaitan g0sip yang mendakwa suaminya sudah berkahwin dengan Ira tanpa pengetahuannya, Puteri Sarah hanya ketawa di hujung talian.
“Saya rasa soalan ini sepatutnya ditujukan kepada Syamsul dan kekasihnya. Bukan saya, tak perlu saya nak menjawabnya.
“Lebih sesuai empunya diri buat penjelasan dan pengumuman,” katanya ringkas.
Ditanya hantaran itu ditujukan kepada siapa, Puteri Sarah menjawabnya, “Siapa makan cili, dialah rasa pedas,” ujarnya enggan mengulas panjang.
Tambah Puteri Sarah, dia memilih tidak mengulas lanjut berhubung status rumah tangga yang masih menjadi tanda tanya sehingga hari ini.
Katanya, dia masih tidak tahu apa yang bakal berlaku, namun berharap ada sinar untuk dirinya dan anak-anak.
“Nak kata berlaku perubahan besar tunggulah nanti, tetapi saya mengharapkan perkara positif berlaku. Semua pihak mendoakan perkara terbaik untuk saya dan anak-anak.
“Orang boleh bercakap apa sahaja, suruh buat itu dan ini, tetapi akhirnya ia berbalik apa yang saya mahukan.
“Anda akan tahu apa yang saya nak, insya-Allah,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Flagship Store Shoppes Rizman Ruzaini di Four Seasons Place, petang tadi.
Ditanya adakah berkemungkinan akan berpisah dengan Syamsul, Puteri Sarah berkata, dia hanya berserah kepada kuasa Allah dan enggan menoleh ke belakang lagi.
“Saya tak tahu, Allah Maha Kuasa. Saya sudah lama reda sebaik membuat pendedahan apa yang berlaku dalam rumah tangga.
“Saya pun tiada rasa nak toleh ke belakang atau menyesal.
“Jadi, semoga saya mendapat sinar kebahagiaan walau apa juga keputusan dipilih sempena tahun baharu.
“Saya mengharapkan doa orang ramai,” katanya.
Dalam hantaran berasingan, Puteri Sarah atau nama sebenar, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin memberi gambaran jelas apa yang berlaku dalam kemeIut rumah tangganya.
“Apa yang saya tahu ia berlaku sehari sebelum Sarah melahirkan Sumayyah. Kejamkan manusia.
“Orang sekeliling kita ada masanya boleh menjadi sangat narsistik dan manipulasi. Pilihlah orang sekeliling dengan bijak.
“Semoga 2023 dapat membongkar semua. Segala-galanya sudah berakhir, hip0krit,” katanya.
KemeIut rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul yang bernikah pada 8 Mac 2014, mula diperkatakan sejak empat tahun lalu.
Hasil perk0ngsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam yang berusia lima tahun dan Sumayyah, tiga tahun.
Sehingga petang ini, Syamsul belum mengulas mengenai dakwaan pernikahannya dengan Ira atau memuat naik sebarang hantaran dalam media sosial berhubung kontr0versi itu. – Sumber dipetik dari MYKMU, BH
Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!!