Semalam, pengarah filem sensasi iaitu Syamsul Yusof mendedahkan akan mengambil tindakan saman berjumlah RM10 juta terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kerana didakwa mengeluarkan kenyataan fitnah mengenai dirinya.
Menurut Syamsul, 38, keputusan tersebut dibuat kerana pihak Jawi didakwa memberikan maklumat tidak benar kepada ahli keluarganya.
“Mereka (Jawi) sudah mengeluarkan satu kenyataan fitnah terhadap saya, fitnah tidak benar dan boleh dikatakan palsu kepada saya.
Mereka sudah memberi maklumat tidak benar itu kepada ahli keluarga saya sedangkan maklumat itu sekali lagi tidak benar, palsu dan boleh dikatakan fitnah kepada ahli keluarga saya.
Sedangkan, perkara itu juga adalah dokumen rasmi kerajaan.”
Sementara di Instagram, Syamsul turut menafikan dakwaan bahawa dirinya sudah berkahwin lain seperti yang tular baru-baru ini.
Saya saman pihak Jawi 10 juta kerana telah menyebar kenyataan tidak benar, fitnah dan palsu pada keluarga saya bahawa saya telah berkahwin lagi, Ya ianya satu fitnah.”
“Mengaku je lah..”
Terbaharu, isteri Syamsul Yusof iaitu Puteri Sarah Liyana menerusi perkongsian di IG Story seakan mempersoalkan tindakan saman yang mahu diambil suaminya itu.
Puteri Sarah memberitahu bahawa inilah masanya Syamsul untuk tampil mengaku berhubung dakwaan dirinya sudah berkahwin dengan seorang wanita yang dipercayai merupakan anak kepada pelakon veteran Kazar iaitu Ira Kazar.
“Tiba, so betul lah gosip tu? Ok mengaku je lah. Inilah masa untuk awak mengaku semuanya.”
Pelakon berusia 37 ini memberitahu bahawa perkara yang baik sepatutnya diumumkan.
Oleh itu, dia meminta Syamsul menjelaskan perkara sebenar bagi mengelakkan fitnah dan kemusykilan orang ramai terutamanya ahli keluarga.
“Benda macam ni tiba muncul. Tiba nak saman. Untuk apa? Benda baik tu baik umumkan sebelum menimbulkan fitnah dan prasangka buruk daripada keluarga kita.”
Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5 dan Summayah, 3 tahun.
Namun rumah tangga mereka diuji apabila Syamsul dikatakan berlaku curang dengan seorang wanita iaitu Ira Kazar.
Baru-baru ini, timbul pula dakwaan bahawa Syamsul dan Ira Kazar sudah berkahwin. Susulan daripada itu, Syamsul tampil menafikan bahawa dirinya sudah berkahwin lain.
Dan akan memfailkan saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sebanyak RM10 juta kerana mengeluarkan kenyataan fitnah mengenai dirinya.
Sumber: Instagram Puteri Sarah