Trending

Baru 5 Bulan Kahwin, Tiktoker Wanita Terkenal Kantoi KhaIwat Dengan Lelaki Teman Baik Suami

Tidak dinafikan, pasangan yang melalui fasa perkahwinan jarak jauh (PJJ) bukanlah suatu perkara yang mudah.

Kesetiaan suami isteri mula teruji apabila mereka berjauhan, lebih-lebih lagi dengan kehadiran orang ketiga yang cuba untuk mengisi kesunyian.

Alangkah remuknya hati seorang suami apabila melihat isterinya balik berdua-duaan dengan lelaki lain. Bukan itu sahaja, lelaki terbabit merupakan suami orang.

Tidak terhenti di situ, rupa-rupanya wanita berkenaan sering dijemput dan dihantar oleh lelaki berkenaan. Lebih menyakitkan hati apabila si isteri memilih kenalan mereka sebagai skandal.

“Yang selalu bawa dia ni aku kenal. Lelaki dah tua dan ada isteri. Aku siap pernah lepak minum dengan pakcik ni.

Rupanya masa kami sedang bercinta, pakcik ni dah suka dengan dia (isteri) sampai lah dah berkahwin.”

Dalam pada itu, turut kedengaran si suami bertubi-tubi meluahkan rasa marahnya kerana kesetiaan serta kegigihan bekerja untuk memberi nafkah dipersiakan begitu sahaja. Difahamkan, pasangan itu kini sedang dalam fasa untuk berpisah.

“Sakitnya tengok isteri curang dibelakang kita. Kita bekerja merantau hanya kerana duit.

Saya memang nak bercerai tapi saya nak buktikan bahawa firasat saya betul kerana dia masih isteri saya dan belum rasmi bercerai saya masih ada hak.”