Trending

“Aku harap kau tak bagi la anak² makan benda haram..” Fizi Ali Marah Suka² Ambil Barang Dia

Percutian penyampai radio, Fizi Ali bersama anak tersayang dan juga ahli keluarga yang lain bertukar panik apabila dua beg bagasinya hilang sewaktu di dalam feri yang mereka naiki.

Menerusi hantaran yang dibuat penyampai radio Hot FM itu di Insta Story miliknya, dia mengatakan dua beg besar itu mengandungi barang-barang yang dibeli di Langkawi.

Disebabkan geram dengan tindakan yang dilakukan oleh individu tidak bertanggunjawab, selebriti itu mengatakan yang dia mengharamkan semua yang ada di dalam beg.

“Aku haramkan semua tu…Harap tak bagilah dekat anak-anak ya. Takut anak-anak makan makanan haram,” tulisnya.

Tak lama selepas itu, pemilik nama sebenar Mohd Hafizudin Alimudin, 33 itu mengatakan yang dia sudahpun mendapatkan semula salah satu beg miliknya yang hilang.

Namun beg yang paling besar masih belum dijumpai dan dia menyeru kepada mereka yang mungkin terambil secara sengaja ataupun tidak untuk memulangkan semula kepadanya.

Melihat dari perkongsian-perkongsian Fizi di Instagram, dia sepertinya sedang menghabiskan cuti bersama anak tersayang, Ameena Sofia di pulau tersebut.

Untuk rekod, Fizi Ali dan pelakon Shakilla Khoriri pernah mendirikan rumah tangga pada 2018 sebelum mengambil keputusan untuk berpisah.

Hasil daripada perkahwinan tersebut, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini menjangkau usia 4 tahun.

Sumber: Instagram Fizi Ali