Trending

3 Tahun Tatang Sangkakan Anak Sendiri, Tegar Menangis Bila Tau Ianya Hasil Benih Lelaki Ini

Selepas enam bulan bercerai, penyanyi terkenal Indonesia, Tegar Septian akui baru tahu selama ini bekas isterinya Sarah Sheilka berbohong bahawa anaknya Abidzar Oktaviano Putra Septian itu bukan dari benihnya.

Apabila ditanya pengikut laman sosial siapa gerangan bapa sebenarnya anaknya, Tegar menuduh dia adalah kekasih bekas isterinya .

“Anak siapa? tengok Instagram Sarah ada photo kekasihnya nah mungkin anak dia,” tebaknya. Pasti dengan dakwaannya itu Tegar sedia untuk melakukan ujian pengesahan DNA.

“saya cuma tak sangka aja tapi itu Allah dah tentukannya. “Belunn test DNA tapi saya berani saja untuk lakukannya. Lagipun cuba tengok foto anak ada tak mirip saya?” soalnya.

Tegar dan isteri telah bercerai enam bulan lalu dan hasil tiga tahun perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata Abidzar Oktaviano Putra Septian.

Penyanyi yang cukup popular dengan lagu Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang itu mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya, Sarah Sheilka pada Mac 2020 lalu ketika berumur 19 tahun.

Hasil perkahwinan itu, pasangan muda ini dikurniakan seorang anak lelaki diberi nama, Abidzar Oktaviano Putra Septian kini berusia dua tahun.

“Alhamdulillah, sejak mendirikan rumah tangga, saya kerap berada di rumah bersama isteri dan anak. Saya lebih dewasa kerana sentiasa fikirkan tentang keluarga kecil saya.

“Tambah pula, saya juga sudah jarang melepak di luar dengan kawan-kawan. Jadi, duduk di rumah dan memberi fokus pada perkongsian kandungan di YouTube saja,” katanya.

Meskipun baru menjengah usia awal 20-an, Tegar jelas kelihatan semakin matang dalam berbicara dan tutur kata amat dijaga sejak bergelar bapa.

Berbicara juga pembabitannya di Big Stage 2022, Tegar menjelaskan yang dia mahu menjadikan pentas pertandingan itu sebagai platform untuk dirinya kembali berkarya.

“Alhamdulillah, isteri dan keluarga yang berada di Indonesia faham tentang hasrat saya untuk kembali menyanyi. Penyertaan saya ini juga demi kesenangan dan masa depan kami bersama.

“Insya-Allah, kalau diberi peluang mereka akan datang untuk melawat saya di sini,” katanya.

Sumber : Gempak