Trending

Terliur Melihat Wanita Lebih Tua, Anak Akhirnya Mengalah dan Restu Hubungan Mereka

Sebelum ini, pernah kecoh mengenai seorang suami ‘kantoi’ mempunyai hubungan sulit bersama ibu mentuanya sendiri.

Namun, kali ini lain pula kisah apabila seorang gadis yang berasal daripada Jakarta, Indonesia itu mengaku sanggup beralah demi perkahwinan ibunya dengan bekas kekasih.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

Menerusi video yang dimuat naik, gadis yang dikenali sebagai Nanda itu mengundur diri dari hubungan cintanya semata untuk memberi restu kepada ibu kandungnya mengahwini bekas kekasihnya.

Katanya, dia ikhlas melepaskan asalkan ibu bapanya bahagia.

Mengikhlaskan kebahagiaan ibu bapa adalah lebih baik.

Dalam rakaman video tersebut, ibunya dilihat sedang melangsungkan perkahwinan dengan lelaki yang jauh lebih muda.

Gadis tersebut tetap mengukir senyuman ketika merakam swafoto bersama ibu dan bekas teman lelakinya.

Meskipun reda, gadis tersebut tetap tidak dapat menahan air mata selepas majlis perkahwinan selesai.

Sumber: Tiktok @nndbrliana