Suami kepada pelakon Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang mendedahkan, terdapat seorang individu yang mendakwa isterinya telah memilih dia sebagai pasangan hidup adalah disebabkan harta.
RAKAMAN VIDEO PENDEDAHAN ITU ADA DI BAWAH SEKALI
“Ada seorang mamat ni, dia cakap Fatin Afeefa ni kahwin dengan Opai sebab ada kereta mahal je.Korang nak sangat kan? cab4r Opai kan? Jom tanya bini aku dia kahwin dengan aku sebab apa,” ujarnya.
Pun begitu, sebaik sahaja dia bertanyakan soalan tersebut kepada isterinya, Fatin menegaskan Opai bukan lelaki kaya yang pertama mendekatinya.
Sebaliknya, dia memilih suaminya itu disebabkan wajahnya yang kacak dan comel yang menjadi salah satu faktor daya tarikan pertamanya.
“Saya nak awak tahu satu benda, awak bukan lelaki kaya yang pertama yang mendekati saya. Tapi awak yang paling hensem. Jadi saya kahwin dengan awak sebab hensem, comel.
“Saya pejam mata pun , saya boleh rasa kehenseman awak tu. Kaya nombor dua,” katanya lagi.
Susulan itu, Opai memaklumkan dia tidak kisah dengan respon netizen sebaik sahaja mendengar sendiri jawapan daripada Fatin sama ada mahu percaya atau tidak.
Sekadar info, Fatin Afeefa selamat bergelar isteri kepada usahawan Aliff Awang pada 30 Disember dan pernikahan yang mengejutkan ramai itu selamat melangsungkan di Putra Glass Hall, Subang Jaya, Selangor.
Untuk rekod, Fatin pernah berkahwin dengan aktor Adam Shahz pada 21 Disember 2013 namun bercer4i empat tahun selepas itu.
Tonton Video: SILA KLIK DI SINI
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.