Selepas lama berdiam diri, pelakon dan pengarah popular Syamsul Yusof mengakui sudah mendirikan rumah tangga dengan wanita yang dikaitkan dalam rumah tangganya iaitu Ira Kazar.
“Saya mahu menegaskan Puteri Sarah masih isteri saya. Kepada Puteri Sarah, saya mengharapkan kepulangan awak.
“Pulanglah ke rumah agar kita dapat berbincang dan tak perlu dihebahkan dalam media sosial. Bawa anak-anak kita balik.
“Apa sahaja kita berbincang di rumah tanpa perlu mengaibkan saya.
“Terus-terang, bawa anak-anak ke sana sini tanpa keizinan suami, sedangkan saya masih suami awak.
“Saya tak nak cakap lebih, fikir-fikirkanlah,” ujarnya.
Dia pun dah kahwin
“Saya nak menjaga hati semua pihak terutama besan-besan, hati menantu kesayangan saya (Puteri Sarah Liyana) dan hati isteri,” kata penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam ketika ditanya sama ada dia merestui perkahwinan kedua anaknya yang juga pengarah, Syamsul dengan Ira Kazar di Thailand, hari ini.
Yusof ketika dihubungi berkata, dia hanya mengetahui berita itu selepas menonton hantaran video dimuat naik anaknya itu.
“Saya dapat tahu pun mengejut. Dia pun dah kahwin, sebelum ni khabar angin saja. Sebagai ayah apa boleh dikatakan adalah yang berlaku sudah berlaku. Jadi saya sebagai orang tua hanya mendoakan yang terbaik.
“Apa saja keputusan yang dah dibuat itu hak dia. Dia sudah dewasa untuk menentukan jalan yang dipilih.
“Hidup ini banyak persimpangan. Persimpangan ini kita kena pastikan pilih yang terbaik. Sebagai ayah juga, saya harap dia pilih jalan yang diredai Allah,” katanya kepada Harian Metro.