Pengakuan Fyna Jebat berhubung pernikahannya dengan bekas jurulatih bolasepak pasukan Penang FC, Dato’ Zainal Abidin Hassan telah mendapat sorotan ramai.
Perkongsian tersebut sudah tentu membuatkan ramai pelik dan tertanya-tanya betul ataupun tidak yang Fyna berkahwin dengan suami orang.
Hal ini susulan pengakuannya ketika ditemubual selepas program Famili Duo.
Dalam kenyataannya, Fyna atau nama sebenar Nur Syafinaz Jebat, 29 memaklumkan yang dia sudah sah bergelar isteri kepada bekas pemain bolasepak kebangsaan era 80an itu namun enggan mendedahkan butiran pernikahan mereka.
Kenyataan tersebut dibuat selepas tular dakwaan mereka telah berkahwin selepas beberapa ciri melibatkan mereka di dedahkan kepada media.
Sumber: Kosmo! (Mohd Haikal Isa), TikTok @whck16