KUALA LUMPUR: Penerbit terkemuka tanah air, Datuk Yusof Haslam berharap anaknya, Syamsul bersemuka dan dapat memujuk Puteri Sarah Liyana dengan baik sekiranya benar masih menyayangi wanita tersebut.
Menurut Yusof, sebagai bapa, dia tidak lagi dapat berbuat apa-apa kerana Syamsul juga sudah membuat keputusan sendiri dengan menikahi Ira Kazar tanpa restu keluarga.
“Sudah bernikah bukan? Jadi saya harap semua dapat teruskan kehidupan. Baik saya, isteri, Sarah, Syamsul, keluarga, semua kena move on. Benda sudah jadi dan tak dapat patah balik.
“Sebagai bapa, saya reda dengan apa yang terjadi. Cuma, sukar untuk saya buang rasa ralat kerana selama empat tahun ini, mengapa dia tidak mahu berterus-terang? Kenapa selama ini menepis dan menipu.
“Kalau mengaku daripada awal, ia mungkin dapat diselesaikan dengan cara lebih baik dan tidak sampai jadi bahan permainan panas di semua media massa,” katanya.
Dalam pada itu, Yusof percaya, seandainya mana-mana lelaki yang mampu mahu mengamalkan poligami, perkara yang harus diutamakan adalah menggunakan saluran atau cara yang betul.
“Nak berpoligami tiada masalah kalau ikut cara yang betul. Tetapi bukan dengan cara senyap atau tak ada jawapan.
“Kalau isteri tahu daripada awal, mungkin ada pertimbangan. Tetapi kalau sampai bertahun-tahun ia jadi bahan rumor, ada yang tak kena cara. Sebagai lelaki sepatutnya Syamsul selesai dengan cara baik,”katanya.
Sejak dari hari pernikahan dia dan Ira Kazar, Syamsul ambil keputusan untuk berdiam diri.
Netizen tertanya tanya apa sebenar yang berlaku dan hari ini dia telah memuat naik 1 gambar dan 1 video.
Gambar pertama menunjukkan satu makanan seperti makanan laut dan video adalah permandangan seperti berada di pulau.
Netizen buat tekaan bahawa Syamsul dan Ira sedang berbulan madu tetapi lokasi tidak dapat dipastikan.
VIDEO:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.