KUALA LUMPUR: Penerbit terkemuka tanah air, Datuk Yusof Haslam berharap anaknya, Syamsul bersemuka dan dapat memujuk Puteri Sarah Liyana dengan baik sekiranya benar masih menyayangi wanita tersebut.
Menurut Yusof, sebagai bapa, dia tidak lagi dapat berbuat apa-apa kerana Syamsul juga sudah membuat keputusan sendiri dengan menikahi Ira Kazar tanpa restu keluarga.
“Sudah bernikah bukan? Jadi saya harap semua dapat teruskan kehidupan. Baik saya, isteri, Sarah, Syamsul, keluarga, semua kena move on. Benda sudah jadi dan tak dapat patah balik.
Menurut laporan mStar pada Ahad, Yusof berkata tiada sebarang keperluan untuk dia menghubungi atau berjumpa dengan Kazar.
Datuk Yusof Haslam enggan komen kenyataan isteri.
Dia juga enggan mengulas mengenai kenyataan isterinya yang tidak akan memaafkan Kazar yang didakwa membantu Ira berkahwin dengan Syamsul di Thailand.
Kata Yusof, dia menganggap kenyataan dibuat isteri itu sebagai hak peribadi dan enggan masuk campur.
Mahu Kedua-Dua Isteri Berdamai
Pergolakan rumah tangga Syamsul Yusof dan isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana sememangnya telah diketahui umum. Mana tidaknya, dia yang mengesahkan telah bernikah dengan Ira Kaza di Thailand menuai makian netizen.
Walau bagaimanapun, Syamsul dilihat tetap tenang dan tidak memberikan sebarang kenyataan selepas mengesahkan sudah bernikah dengan anak kepada aktor senior. Kazar Saisi.
Menerusi hantaran terbaru Syamsul di Instagramnya, pengarah tersohor itu telah memuat naik gambar pernikahan sewaktu menikahi Puteri Sarah dan juga Ira Kaza.
Dalam kapsyen yang disertakan, dia meminta agar kedua-dua isterinya bersabar dan bertenang termasuklah memohon agar orang ramai mendoakan yang terbaik untuk mereka.
Perkongsian ringkas itu dibuat selepas hampir seminggu kisah rumah tangganya menjadi perhatian media termasuklah pelbagai kecaman diterima.
Ahli keluarga Syamsul juga turut memberikan kenyataan dengan mengakui kecewa setelah mengetahui dia bernikah di Thailand tanpa pengetahuan keluarga.
Untuk rekod, Syamsul Yusof telah menikahi Puteri Sarah Liyana pada Mac 2014 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.
Namun, pada minggu lalu, anak kepada penerbit filem, Datuk Yusof Haslam itu memaklumkan yang dia telah bernikah dengan Ira Kaza iaitu wanita yang dikaitkan menjadi orang ketiga dalam rumah tangganya bersama Puteri Sarah di Thailand dengan berwalikan bapa kandung Ira, Kazar Saisi.
Sumber: Instagram Syamsul Yusof